FBS: BEST SOLUTION FOR ACNE PROBLEM

Rabu, 18 Mac 2015

jom cantik bersama fantabulous skincare: SERUM VIT C

jom cantik bersama fantabulous skincare: SERUM VIT C: Antara kelebihan whitening C serum : Super awet muda, anti kedut dan anti hitam bawah mata. - Mengurangkan kedutan (anti kedut)  - Men...

Jumaat, 6 Mac 2015

SERUM VIT C

Antara kelebihan whitening C serum :
Super awet muda, anti kedut dan anti hitam bawah mata.
- Mengurangkan kedutan (anti kedut)
 - Mengurangkan pembentukan garis-garis halus wajah.
 - Melambatkan penuaan (anti penuaan) 
-Menegangkan kulit
 - Menghaluskan kulit
Mencerahkan kulit 
-Mencegah kesan buruk sinar UV matahari pada kulit.
- Penggunaan secara berterusan sehingga 6 bulan ke atas menunjukkan kulit wajah kelihatan lebih muda 4-6 tahun dari usia sebenarnya.
Penggunaan serum vitamin C ini disarankan pada umur 23-70 tahun kerana pengaruh radikal bebas cukup tinggi pada usia ini. Dengan penggunaan yang teratur dan berterusan, hasil efektif boleh dilihat dalam masa 8-12 minggu. Wajah akan rasa tegang, halus dan lebih cerah.
Cara pemakaian serum vitamin C fantabulous skincare:
1) Sebelum menggunakan serum vitamin c, sebaiknya wajah dibersihkan dahulu dengan sabun agar proses penyerapan serum lebih cepat dan efektif.
2) Kemudian, titiskan cairan serum ini 3-4 titis ke jari telunjuk ataupun telapak tangan dan sapu ke seluruh atau sebahagian permukaan kulit wajah hingga leher secara rata terutama pada bahagian yang biasa terlihat garis-garis penuaan/kedutan, seperti sekitar mata, ujung mata serta dahi.
3) Jika dirasakan kurang, ulangi sekali lagi. Waktu pemakaian serum sebaiknya pada waktu pagi dan malam. Untuk mendapatkan hasil yang efektif dan berkesan, penggunaan serum sebaiknya dilakukan secara teratur dan berterusan.
Penggunaan serum vitamin C bersama krim siang dan malam: - mula - mula cuci muka, then pakai toner then pakai serum…Selepas menggunakan serum, biarkan beberapa minit untuk serum bertindak balas dengan kulit, kemudian sapukan krim siang atau krim malam.
wajah lembab dengan pemakaaian WHITENING C SERUM SELAMA 2 BULAN   
CALL/SMS/Whatsapp
013-9901721 (MARDHIAH)

Khamis, 5 Mac 2015

"Hey akhi! Jangan kau cuba hampiri kami! Kehormatan diri kami lebih tinggi nilainya dari kata dusta mu yang bersalut madah agama!"
"Hey akhi! Jangan kau cuba cemarkan kesolehan kami dengan kata-kata jiwangmu! Kami juga punya maruah dan harga diri!"
"Hey akhi! Jika kau inginkan kami, ambil kami dengan cara mulia. Seperti mana kau muliakan wali kami!"
Amaran keras dari kami! Wanita mulia!

KEDAI MENJUAL ISTERI

Di dalam sebuah bandar ini terdapat sebuah kedai yg unik iaitu KEDAI MENJUAL ISTERI. Kedai ini dibuka selepas tengah malam. Kedai yang menjual isteri ini akan dibuka di mana lelaki dapat memilih wanita untuk dijadikan sebagai calon isteri. Syarat untuk masuk kedai tersebut adalah seperti berikut:-
"ANDA HANYA DIBENARKAN MENGUNJUNGI KEDAI INI SEKALI SAHAJA"
Kedai tersebut mempunyai 6 tingkat di mana setiap tingkat akan menunjukkan kelompok calon isteri. Semakin tinggi tingkatnya, semakin tinggi pula nilai wanitanya. Kamu boleh memilih wanita di tingkat yang kamu suka. Jika tidak berkenan, kamu juga boleh memilih calon isteri di tingkat berikutnya tetapi dengan syarat tidak boleh turun lagi ke tingkat sebelumnya kecuali untuk keluar dari kedai.
Suatu hari seorang lelaki pergi ke kedai tersebut untuk mencari calon isteri. Di setiap tingkat terdapat tulisan seperti ini:-
Tingkat 1: Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan & pandai memasak.
Lelaki itu tersenyum. Kemudian dia naik ke tingkat 2.
Tingkat 2: Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak & lemah lembut.
Lelaki itu tersenyum lagi dan naik lagi ke tingkat 3.
Tingkat 3: Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak, lemah lembut & cantik.
"Wow!!! Ujar lelaki tersebut. Tawaran semakin menarik. Lelaki tersebut semakin ghairah dan terus naik ke tingkat 4.
Tingkat 4: Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak, lemah lembut, amat cantik dan sayang kpd kanak-kanak.
Lelaki tersebut berkata, "Ini benar-benar membuat aku serba salah dan hampir tak percaya!!!"
Dia berfikir pastinya tingkat 5 tawarannya lebih hebat lalu dia terus mendaki ke tingkat 5.
Tingkat 5: Wanita di tingkat ini taat kepada Tuhan, pandai memasak, lemah lembut, sangat cantik, sayang kanak-kanak & sexy.
Dia tergoda dengan tawaran yg diberikan dan mengambil keputusan utk berhenti dan memilih calon isteri di tingkat 5. Tiba-tiba lelaki tersebut menukar fikirannya lalu dia bertindak melangkah ke tingkat 6. Alangkah terkejutnya lelaki tersebut apabila membaca tulisan...
Tingkat 6: Anda adalah pengunjung yang ke 9,989,686,898. TIADA wanita di tingkat ini. Tingkat ini hanya semata-mata pembuktian untuk LEKAKI yang TIDAK PERNAH PUAS. Terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk berbelanja di KEDAI ISTERI. Mohon hati-hati ketika keluar dari sini.
SAUDARAKU, setiap dari kita tidak ada yang sempurna. Tidak ada satu pun yang mampu memuaskan kita di dunia ini. ISTERI CANTIK, SUAMI TAMPAN, JAWATAN TINGGI, KEKAYAAN, RUMAH BESAR, KERETA MEWAH, DUIT BERJUTA dan macam-macam lagi. Kelihatannya begitu GAH dilihat di mata MANUSIA namun kita sering TERLUPA yang itu semua hanya bersifat SEMENTARA.
Oleh itu, hanya dengan RASA SYUKUR, JUJUR, IKHLAS dan BERLAPANG DADA terhadap segala yang dihadirkan oleh Allah SWT buat kita, yang mampu membuat HIDUP kita begitu INDAH dan TENANG kerana kita pasti merasa PUAS terhadap apa jua yang Allah SWT berikan kepada kita. Semoga kita terus ISTIQAMAH. Wallahu'aklam...